SELANGOR 360 ARCHERY CHALLENGE 1/2020

SELANGOR ARCHERY 360 CHALLENGEJEMPUTAN adalah dibuka kepada semua pemanah seluruh negara untuk menyertai SELANGOR 360 ARCHERY CHALLENGE 1/2020 anjuran  PERSATUAN MEMANAH SELANGOR (SELAR) dengan kerjasama MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR (MSNS) secara maya (virtual) di mana-mana sahaja anda berada!!!!

Panahan 36 ARROWS (6 ENDS; 6 ARROWS PER END) untuk kategori-kategori berikut mengikut World Archery (WA) Outdoor Target Rules:

age limit

PADA TEMPOH DAN LOKASI BERIKUT:

S360AC Siri 1/2020 BERMULA 1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020 (TEMPOH 1 BULAN) bertempat di Lapang Sasar Memanah Outdoor yang diiktiraf / berdaftar dengan pihak berwajib (seperti MSN, MSN Negeri, NAAM, Persatuan Memanah Negeri, Sekolah atau Kelab).

YURAN PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

Yuran Pendaftaran RM30.00 untuk SATU SESI (36 anak panah) dan RM20.00 untuk setiap sesi tambahan.
No Akaun : (AmBANK Berhad) 2482-01200-8062 PERSATUAN MEMANAH SELANGOR
Sila whatsapp slip pembayaran bank ke nombor 012-3077023 atau 017-2537158

SYARAT AM

  • Terbuka kepada semua pemanah di seluruh negara.
  • Kategori yang dipertandingkan
    • RECURVE (U12, U15, OPEN),
    • COMPOUND (U15 & OPEN) DAN
    • BAREBOW (OPEN)
  • Memanah di Lapang Sasar Memanah pilihan anda sendiri pada tarikh yang ditetapkan oleh peserta semasa pendaftaran.
  • Lapang Sasar yang dipilih mestilah diiktiraf atau berdaftar dengan agensi yang berkenaan bagi tujuan keselematan dan juga pematuhan jarak.
  • QR Code Ianseo dan SCORECARD akan dihantar kepada peserta 48jam sebelum “scoring day”.
  • QR Code Ianseo adalah unik untuk setiap peserta. Peserta boleh mendaftar untuk lebih dari satu sesi.
  • Cara pemarkahan adalah seperti ditetapkan dibawah
  • INTEGRITI setiap peserta amatlah ditekankan semasa mengisi markah.
  • Sijil Pencapaian dan pingat akan diberikan kepada 10 pemanah terbaik bagi setiap kategori.
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia di nombor berikut (melalui pesanan WhatsApp sahaja):
    • Mejar (B) Hj Amir Suharman Adnan – 0123077023
    • En Mohamad Fazil – 0172537158

SOALAN LAZIM

Apakah tujuan diadakan Selangor 360 Archery Challenge (S360AC)?

TUJUAN ARCHERY CHALLENGE ini adalah sebagai galakan kepada pemanah di seluruh negara dan pelbagai kategori untuk meneruskan latihan memanah dan bersaing dengan pemanah lain secara virtual dalam keadaan negara dilanda COVID-19.

Pada masa yang sama Archery Challenge ini adalah platform untuk Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Persatuan Negeri lain untuk mengenal pasti bakat-bakat sedia ada ke peringkat lebih tinggi.

Berapa lama tempoh S360AC ini? Lokasi?

Siri pertama S360AC ini akan berlangsung selama 1 bulan ini mulai 01 hingga 31 Oktober 2020 di lokasi lapang sasar masing-masing tidak kira di mana anda berada.

Adakah S360AC ini bertujuan untuk NATIONAL RANKING?

Keputusan S360AC adalah tidak rasmi, tidak diiktiraf oleh mana-mana persatuan memanah dan tidak boleh digunapakai untuk tujuan “National Ranking”, rekod kebangsaan dan sebagainya.

Ianya lebih kepada persaingan secara virtual disebabkan berkurangnya kejohanan-kejohanan memanah tempatan akibat dari pandemik COVID-19.

Lapang sasar saya terletak di kawasan perumahan. Bolehkah saya ambil scoring di lapang sasar tersebut?

Boleh sekiranya lapang sasar tersebut telah diberi kebenaran dah disahkan selamat oleh pihak berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan sebagai tempat latihan memanah.

Sekiranya lapang sasar tidak di iktiraf, sila ambil skor di lapang sasar memanah yang berdekatan yang diiktiraf oleh pihak berwajib.

Saya tidak puas hati dengan scoring saya. Bolehkan saya ambil scoring baru?

Ya boleh. Anda dikehendaki mendaftar sekali lagi untuk Sesi yang seterusnya. IANSEO SCORESHEET & QR CODE baru akan dikeluarkan 2 hari sebelum tarikh Scoring Day ke-2.

Bolehkah saya berkongsi target butt dengan rakan saya yang sama menyertai S360AC ini?

Ya boleh. Snap gambar setiap end dan pastikan warna nock dan fletcher arrow adalah berlainan.

Tiada Hakim? Sekiranya berlaku CUT, bagaimana saya hendak sahkan point arrow yang sebenar?

Benefit of doubt diberikan & pemanah dibenarkan ambil point yang lebih tinggi. Dapatkan bantuan Jurulatih / Guru / Ibubapa sekiranya perlu.

Tiada Hakim? Bagaimana kita hendak halang kalau orang lain tipu skor? Kalau macam ni, saya boleh letakkan skor apa yang saya hendak!!

Penganjur tetapkan snap foto selepas selesai scoring setiap end. Namun penipuan boleh berlaku juga. Apa yang diharapkan agar semua pemanah berlaku jujur dan memupuk sifat integrity semasa Archery Challenge ini.

Tiada Hakim? Bagaimana sekiranya berlaku EF? Bouncer? Shoot terlebih masa?

Setiap pemanah hendaklah menganggap Archery Challenge ini sebagai suatu pertandingan dan bersaing dengan pemanah-pemanah lain di dalam negeri dan seluruh negara untuk mendapatkan skor yang terbaik dengan mematuhi dan mengikut peraturan sedia ada. Dapatkan bantuan Jurulatih / Guru / Ibubapa untuk menjaga masa (timekeeper) sekiranya berlaku EF, Bouncer dan sebagainya.

Bolehkah saya berehat setiap end atau sambung semula keesokan harinya?

Penganjur tidak boleh menghalang, namun ianya akan defeat the purpose (tidak memberi sebarang makna) Archery Challenge ini. Semua peserta dikehendaki menghabiskan 1 Round, 6 ends, 36 arrows dalam satu sesi agar dapat menilai pencapaian diri sendiri berbanding pemanah-pemanah yang lain.

Bolehkah saya hantar scoring melalui Video atau aplikasi YOUTUBE?

Penggunaan video atau aplikasi YOUTUBE semasa scoring adalah lebih baik dan telus berbanding dari snap foto dan boleh mengelakkan sebarang penipuan skor.

Sebagai permulaan, penghantaran scoring berbentuk foto dan hardcopy IANSEO SCORECARD melalui aplikasi WHATSAPP adalah memadai dan manakala aplikasi IANSEO SCOREKEEPER untuk online scoring. Pihak penganjur tiada halangan sekiranya ada peserta yang ingin menghantar video. Namun video berkenaan hendaklah jenis time lapsed (video dilajukan) atau dalam bentuk pautan YOUTUBE.

msn naam selar

GARIS PANDUAN PEMARKAHAN & MUAT TURUN IANSEO SCOREKEEPER APP

STEP 1 – IANSEO SCORECARD & QR CODE

Setelah pendaftaran dan pengesahan pembayaran, setiap pemanah akan menerima Ianseo Scorecard dan QR Code melalui pesanan WhatsApp atau e-mail daripada penganjur. Scorecard akan dihantar 48 jam sebelum “scoring day” seperti yang ditetapkan semasa pendaftaran. Contoh seperti Scorecard disebelah.

Contoh: Scoring day 8hb Oktober 2020, maka scorecard akan dihantar pada 6hb Oktober 2020

scorecard

STEP 2 – DOWNLOAD IANSEO SCOREKEEPER APPS

Download applikasi IANSEO SCOREKEEPER di handphone anda melalui pautan atau QR CODE berikut

iaseo scorekeeper

STEP 3 – SCORING DAY

Pada scoring day seperti ditetapkan semasa pendaftaran:
– Print Ianseo Scorecard untuk SCORE ENTRY secara manual.
– Scan QR CODE Ianseo Scorecard di aplikasi Ianseo Scorekeeper.
– Mulakan pemarkahan jumlah 36 anak panah; 6 ends & 6 arrows bagi setiap end.
– Masukkan markah secara manual di Ianseo Scorecard dan disahkan oleh Jurulatih / Guru / Ibubapa.

step 3 360

– Di akhir setiap end, snap foto arrows di target butt. Jumlah 6 foto.

target 1
– Foto hendaklah jelas dan tidak kabur / bergoyang bagi tujuan pengesahan visual.
– Peserta dikehendaki selfie di salah satu foto.

visual confirmation

STEP 4 – SUBMIT SKOR

  • Setelah selesai scoring, sila upload skor anda di aplikasi Ianseo Scorekeeper secara ONLINE.
  • Ianseo Scorecard yang telah di isi secara manual beserta dengan 6 foto setiap end hendaklah di hantar melalui whatsapp ke nombor 012-3077023 dan 017-2537158.
  • Ianseo Scorecard hendaklah disahkan oleh jurulatih / guru di lapang sasar memanah masing-masing.
  • Sekiranya terdapat perbezaan antara di pemarkahan ONLINE dan MANUAL, pemarkahan MANUAL dan pengesahan visual melalui foto akan diambil kira.
  • Keputusan SELANGOR 360 ARCHERY CHALLENGE 1/2020 mengikut ranking dan kategori masing-masing akan dipaparkan secara online di website IANSEO selepas berakhir 360 Archery Challenge pada 31 Oktober 2020.
msn naam selar

BORANG PENDAFTARAN SELANGOR 360 ARCHERY CHALLENGE

  • Sila maklumkan kepada Urusetia sekiranya hendak menukar tarikh scoring. Pertukaran boleh dilakukan 1 hari sebelum tarikh scoring asal.
  •    
       
  • Yuran Pendaftaran adalah RM30.00 bagi satu sesi dan RM20.00 untuk sesi tambahan
    Pembayaran kepada:
    PERSATUAN MEMANAH SELANGOR
    AmBANK BERHAD NO AKAUN : 2482-01200-8062
    WhatsApp slip pembayaran bank ke 012-3077023 atau 017-2537158

COVID-19 Status

Malaysia

Confirmed
10,276
Deaths
130
Recovered
9,395
Active
751
Last updated: September 22, 2020 - 9:51 am (+08:00)
ADVERTISEMENT

Recommended Articles

Welcome Back!

Login to your account below

Create New Account!

Fill the forms below to register

*By registering into our website, you agree to the Terms & Conditions and Privacy Policy.

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist