TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 1

June 21, 2022 - June 26, 2022

Persatuan Pemanah Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2022 Siri 2 pada

Tarikh: 21 hingga 26hb Jun 2022
Lokasi: Lapang Sasar ARENA Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru, Johor

Muat turun maklumat kejohanan


MAKLUMAT KEJOHANAN

NAMA KEJOHANAN: KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN 2022 SIRI 2
PENGANJUR: Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ)
TARIKH: 21 hingga 26 Jun 2022
VENUE PERTANDINGAN: ARENA Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru

TARIKH-TARIKH PENTING

PENDAFTARAN:
Tarikh Mula Pendaftaran MAREOS: 01 Jun 2022
Tarikh Akhir Pendaftaran MAREOS: 17 Jun 2022
Tarikh Akhir Bayaran: 21 Jun 2022
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 20 Jun 2022

Tarikh Kejohanan: 21-26 Jun 2022

Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI

    1. Recurve Lelaki – RM (umur 16 tahun dan ke atas)
    2. Recurve Wanita – RW (umur 16 tahun dan ke atas)
    3. Compound Lelaki – CM (umur 16 tahun dan ke atas)
    4. Compound Wanita  – CW (umur 16 tahun dan ke atas)
    5. Barebow Lelaki – BM (umur 16 tahun dan ke atas)
    6. Barebow Wanita – BW (umur 16 tahun dan ke atas)

NOTA: Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar maksima 48 orang atlet sahaja (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW, 8 BM, 8 BW).

Walau bagaimanapun hanya satu (1) pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan sepuluh (10) orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing- masing.

Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (sekiranya ada).

PENDAFTARAN LEWAT
Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Peserta: RM150.00 seorang
Pegawai (Pengurus/Jurulatih): RM40.00 seorang

PERATURAN
Kadar denda/penalti pendaftaran lewat atau pertukaran adalah sebanyak RM50.00 seorang.
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undangundang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan terpakai.
Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

  • Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
  • Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan.

KEPUTUSAN
Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad

BANTAHAN
Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

JARAK PERTANDINGAN
Jarak yang akan dipertandingan adalah:

  • Recurve: 70 meter Rounds
  • Compound: 50 meter Rounds
  • Barebow: 50 meter Rounds

TARGET FACE
Target Face yang akan diguna pakai adalah:

  • Recurve: Outdoor 122cm Face (1-X)
  • Compound: Outdoor 80cm Face 6 Rings (5-X)
  • Barebow: Outdoor 122cm Face (1-X)

GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah.

PEMATUHAN PROTOKOL DAN SOP COVID 19

  1. Kejohanan akan dijalankan mengikut Protokol Am Individu dan Penganjuran Kejohanan/ Pertandingan Tempatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan.
  2. Hanya warganegara Malaysia yang telah melengkapkan 2 dos vaksin sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini; ATAU
  3. Murid-murid Sekolah Menegah dan Rendah termasuk yang masih belum menerima sebarang vaksin, diwajibkan mengisi Surat Kebenaran ibubapa/penjaga seperti dilampirkan dan dihantar ke (email) sebelum tairkh yang ditetapkan. Jika pihak penganjur tidak menerima surat tersebut, pendaftaran tersebut tidak diterima.
  4. Semua pengurus pasukan, jurulatih dan peserta kejohanan dikehendaki menjalani ujian RTK Antigen pada hari acara yang disertai. Hanya berkeputusan NEGATIF sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan.
  5. Keputusan Ujian RTK Antigen hendaklah dihantar kepada penganjur pada hari acara bermula melalui aplikasi Whatsapp.
  6. Setiap pasukan akan menjalani tapisan COVID-19 di Khemah Tapisan COVID-19 terlebih dahulu. Di antara perkara yang akan diperiksa ialah:
    1. Pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala dilakukan di pintu masuk tempat kejohanan. Individu yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celcius dan/atau bergejala DILARANG mengambil bahagian dan memasuki tempat kejohanan.
    2. Imbasan QR Code aplikasi MySejahtera yang dipaparkan di tempat kejohanan melalui telefon bimbit masing- masing. Individu yang berstatus “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” sahaja dibenarkan masuk.
  7. Hanya pegawai dan atlet sahaja dibenarkan berada di kawasan pertandingan. Penonton, penyokong atau ibubapa, adalah tidak dibenarkan.
  8. Semua pegawai, jurulatih dan peserta dikehendaki mengenakan pelitup muka sepanjang berada di tempat kejohanan. Pelitup muka hanya dibuka semasa berada di SHOOTING LINE sahaja.
  9. Setiap pegawai dan peserta akan diberikan Tag Masuk yang hanya boleh digunakan pada hari-hari tertentu untuk urusan masuk ke Kawasan kejohanan. Semua peserta tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan kejohanan (keluar ke Bandar/luar kawasan padang) selagi pertandingan belum selesai.
  10. Semua peserta dikehendaki meninggalkan kawasan pertandingan selepas selesai bertanding pada hari tersebut.
  11. Dilarang meludah, berkongsi makan dan minuman. Semua pasukan dinasihatkan untuk memesan makanan yang siap berbungkus sahaja.
  12. Khemah peserta disediakan mengikut protokol penjarakan sosial. Dilarang sama sekali untuk mengubah kedudukan kerusi ataupun meja di khemah peserta.
  13. Sentiasa menjaga penjarakkan sosial di antara satu sama lain.
  14. Pihak penganjur tidak teragak-agak untuk membatalkan penyertaan peserta dan mengarahkan untuk keluar dari kawasan kejohanan sekiranya melanggar SOP yang ditetapkan.
  15. Protokol Am Individu dan Protokol Keselamatan dan Kesihatan.
  16. Kejohanan akan mematuhi syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak MKN, KKM dan juga pemilik premis.

PERTANYAAN
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Tuan Haji Mohd Zaine bin Md Shariff (Setiausaha PMNJ) di talian 019-7793171 untuk maklumat lanjut.

 

JADUAL

Details

Start:
June 21, 2022
End:
June 26, 2022
Event Categories:
,

Venue

Arena Emas, Johor
Jalan Selatan 11, Taman Impian Emas
Arena Emas, Skudai, Johor 81300
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist