Sukan Sea 2022: Juwaidi-Fatin Nurfatehah intai ulangi kejayaan tiga tahun lalu

juwaidi marzuki

Pemanah compound negara, Juwaidi Mazuki, berharap mampu mengulangi pencapaian hari kedua kejohanan simulasi yang memberangsangkan bagi menghadapi Sukan SEA Hanoi dari 12-23 Mei depan.

Selepas memenangi acara berpasukan campuran bersama gandingannya, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, dalam kejohanan pertama kelayakan Sukan SEA.

“Kalau dapat kekalkan keputusan hari ini supaya boleh dibawa (sebagai bekalan) di sana untuk medal.

“Saya tidak kira soal prestasi semasa kerana saya cuma kira apa yang saya dapat dan belajar pada hari ini.

“Saya sangat berpuas hati dan ia boleh buatkan saya lebih bersedia bagi kejohanan seterusnya,” kata Juwaidi selepas selesai kejohanan itu hari ini.

Dalam saingan akhir di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil itu, Juwaidi dan Fatin Nurfatehah mencatat 156 mata sekali gus menempatkan mereka di kedudukan teratas.

“Saya berpuas hati dengan panahan hari ini. Saya sudah bergandingan dengannya sejak 2017.

“Keserasian kami agak baik, dengan itu kami harap dapat panah macam biasa kemudian hasilnya akan datang,” kata Fatin Nurfatehah.

Exit mobile version