Perutusan daripada Presiden SELAR Berkaitan Perlaksanaan PKP

selar new logo big 900x600

PERLAKSANAAN PKP DI ENAM DAERAH DI NEGERI SELANGOR

Pengumuman telah disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula Jumaat, 6hb Mei 2021 sehingga 17hb Mei 2021.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Memanah Selangor (SELAR) menasihati semua warga memanah di Negeri Selangor agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pendamik Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan kadar jangkitan kes Covid-19 di dalam komuniti.

Serentak dengan dengan pengumuman tersebut juga semua program latihan memanah hendaklah mengikut ketetapan yang telah ditetapkan sebelum ini. Latihan secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan bagi zon yang dikenakan PKP.**

Saya memohon kerjasama seluruh warga memanah di Negeri Selangor agar dapat mematuhi SOP yang ditetapkan. Keselamatan dan kesihatan rakyat adalah keutamaan di dalam waktu pendamik Covid-19 ini.

Saya dan barisan AJK SELAR mendoakan keadaan kembali pulih agar sukan memanah di Negeri Selangor kembali aktif seperti sebelum ini.

Sekian untuk makluman semua. Selamat berpuasa dan terima kasih.

 

Dato Sr Rosli bin Atan
Presiden
Persatuan Memanah Selangor

** nota: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7hb Mei 2021. Sila rujuk halaman web Kementerian Belia dan Sukan untuk SOP terkini.

Bersama kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia
#StaySafe #KitaJagaKita

Exit mobile version