MSN Selangor: PKPB – Semua Program Latihan Sukan DITANGGUHKAN

logo msn selangor

Dalam satu memo yang dikeluarkan oleh MSN Selangor kepada semua persatuan sukan negeri, satu arahan penangguhan latihan sukan telah dikeluarkan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan) pada 12 Oktober 2020. Perlaksanaan PKPB di seluruh Negeri Selangor berkuatkuasa pada 14hb hingga 27hb Oktober 2020.

Melalui memo tersebut, pihak MSN Selangor telah memaklumkan bahawa SEMUA PROGRAM LATIHAN SUKAN DI BAWAH MSN SELANGOR (SUKMA, PLMSD, Pelapis & Bakat) ditangguhkan sementara waktu sepanjang tempoh PKPB. Arahan juga telah dikeluarkan meminta semua jurulatih menyediakan program latihan secara persendirian bagi atlet masing-masing sepanjang perlaksanaan PKPB.

 

Bersama kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia
#StaySafe #KitaJagaKita

Exit mobile version