Kursus “Refresher” Hakim Memanah Kebangsaan (DITANGGUHKAN)

NAAM logo

KURSUS DITANGGUHKAN

Keputusan penangguhan dibuat setelah mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes positif Covid-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko penyebaran wabak tersebut dengan lebih teruk.

SIla rujuk kenyataan Presiden NAAM disini

Sila Patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM
#StaySafe, #KitaJagaKita

 


 

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Sukan Memanah IPT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan kursus “Refresher” untuk Hakim-Hakim Kebangsaan Sukan Memanah Siri 1-2020.

Butiran kursus adalah saperti berikut:

Kursus : Kursus Refresher Hakim Memanah Kebangsaan Siri 1/2020 (DITANGGUHKAN)
Tarikh : 20-25 October 2020
Tempat : Universiti Sultan Zainal Abibin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu

Kursus ini terbuka kepada semua Hakim-Hakim Continental dan Kebangsaan Sukan Memanah untuk memahami undang-undang dan peraturan memanah terkini (yang berkuat-kuasa 1 Januari 2020) serta memahami SOP Kesihatan, Keselamatan dan Pertandingan yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Untuk maklumat tambahan sila hubungi:
a. Mejar (B) Hj Amir Suharman bin Adnan : (H/P 012-307792 atau e-mail amir.suharman@gmail.com)
b. En Mohd Harun bin Hamzah : (H/P 018-7718334 atau e-mail harun559911@gmail.com)

Muat turun surat dan borang penyertaan


Kelayakan:
Kursus terbuka kepada Hakim Memanah Continental dan Kebangsaan. Sila sertakan Sijil Kelayakan semasa pendaftaran.

Fasilitator:
1. En Johari bin Abu Bakar
2. En. Mohd Harun bin Hamzah

Yuran Kursus:
RM 200.00/orang dibayar semasa pendaftaran

Penginapan dan makanan:
Penginapan dan pengangkutan urusan sendiri
Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan

Pendaftaraan
1. Terhad kepada 30 peserta sahaja.
2. Borang pendaftaran seperti dikepilkan.
3. Sila lengkapkan borang tersebut dan whatsapp kea tau e-mail :
4. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Oktober 2020 ataupun tempat telah dipenuhi.

Exit mobile version