Sesi Penilaian 1 Skuad Memanah Selangor ke SUKMA 2021

sukma 2021

Video hakmilik: https://www.facebook.com/maniam.mannex

Satu sesi pernilaian (Sesi 1) telah diadakan bagi menilai prestasi semasa pelatih Sukan Memanah SUKMA 2021 Negeri Selangor.

Kategori Recurve
Tarikh: 22/08/2020
Hari: Sabtu
Tempat: Pusat Latihan Stadium Shah Alam
Waktu: 8.30 pagi sehingga tamat
Format: 3x 70 Meter

Kategori Compound
Tarikh: 23/08/2020
Hari: Ahad
Tempat: MSN Keramat
Waktu: 8.30 pagi sehingga tamat
Format: 50 Meter

Penilaian SUKMA 2021 akan mengambil kira aspek skor purata, ketahanan mental, kecergasan, sikap atlet dan komitment latihan pelatih.

Serama1 12 atlet, terdiri daripada 6 atlet lelaki dan 6 atlet wanita telah hadir; Penilaian dan pemantauan telah dilakukan oleh Jurulatih Memanah SUKMA 2021, Arif Farhan dan dibantu oleh pengurus pasukan

Latihan telah dijalankan dibawah SOP yg ketat dan wajib dipatuhi oleh pelatih dan pegawai.

Satu sesi motivasi “Persediaan Atlet Selepas Pandemic Covid-19” telah diadakan sebelah petang, dianjurkan oleh MSN Selangor bertempat di Majlis Sukan Negeri Selangor. Majlis berakhir sekitar jam 4:30 petang.

Exit mobile version