Kejohanan Memanah Selangor Juniors- HAFA Archery Juniors Open Siri 4/2017 bagi Kategori Bawah 12 Tahun menutup tirai kejohanan bagi tahun 2017 dengan penuh bergaya.

Naurah Damia bt Ismail (sebelah) mencatatkan mata tertinggi bagi Kategori Bawah 12 (352 dan 354)

Paling menyerlah ialah kejayaan pemanah puteri dari SKBJ, Naurah Damia bt Ismail mempamirkan keupayaan beliau yang sebenar dengan mencatat rekod yang tersendiri (tidak pasti jika ada rekod kebangsaan diperingkat bawah 12 tahun), 352 dipusingan pertama dan diikuti 354 di pusingan kedua. Beliau seterusnya menepati kedudukan ranking pertama dengan mudah memenangi pusingan Elimination. Yang pasti rekod yang dicatat beliau melepasi rekod MSSM. Tahniah buat Naurah Damiah dan pasukan SKBJ.

Kategori lelaki bawah 12, bagi pusingan kelayakan diungguli oleh pemanah Pro-X Archery – Naufal Aalif Nizam dengan mata 339 (Pusingan 1) dan 347 (Pusingan 2). Walaubagaimanapun di Pusingan Elimination ianya dimenangi oleh Irfan b Hafiz Rahimi (dari GEGE Archery) dengan menewaskan Muhammad Aiqil Irfan (dari Kedah) dengan keputusan 7-3.

Keputusan penuh boleh diperolehi di ianseo.net

 

Leave a Reply