Setelah sekian lama SAS-ar menumpukan kepada pembangunan memanah dikalangan para pelajar SAM BSST, kini Akademi SAS-ar membuka pintu kepada mereka yang berminat untuk turut serta. Walaubagaimanapun, kumpulan sasaran adalah kepada mereka yang berumur diantara 7 – 15 tahun.

Hasil program pembangunan yang dilaksanakan di SAM BSST, Akademi Memanah SAS-ar telah melahirkan beberapa pemanah yang kini mewakili negeri Selangor di kejohanan peringkat MSSM dan Kebangsaan.

Hasil kejayaan tersebut kini Akademi Memanah SAS-ar ingin berkongsi rahsia kejayaan bersama atlit-atlit muda yang berminat di dalam sukan memanah. Sesi latihan akan dikendalikan oleh dua orang jurulatih yakni Coach Firdaus, lebih mesra dikenali sebagai Sir F dan Coach Danial.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi mereka di nombor telefon yang tertera dibawah.

Leave a Reply