Malaya Archery bersama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang akan menganjurkan Kejohanan Memanah Selangor Juniors-SMAPK-Malaya Archery Siri 3 2017 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 1-3 December 2017 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa: 8.00am – 6.30pm
Tempat: Padang Ragbi, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Had Umur: 7-20 tahun
Muat Turun Maklumat Kejohanan: Surat Jemputan dan Maklumat Am Kejohanan

Kategori yang akan dipertandingkan adalah mengikut had umur kumpulan masing-masing seperti dibawah. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput semua pasukan memanah atau individu untuk menyertai pertandingan ini dan menyemarakkan kelangsungan sukan memanah di Malaysia.

 

Jadual Kejohanan Memanah Selangor Junior Siri 3/2017

YURAN PENYERTAAN
Semua Kategori Umur : RM50.00 seorang
Pengurus Pasukan / Jurulatih : RM 10.00 seorang.

Pendaftaran dibuat secara online melalui pautan www.malayaarchery.com.my/selangorjuniors3rd2017 pada atau sebelum 24 November 2017 .

Borang Pendaftaran Pasukan juga hendaklah di e-mel ke alamat lisa@malayaarchery.com.my sebelum 24 November 2017.

Pembayaran mestilah dibuat melalui “online” / atas talian menggunakan kad debit/kredit ataupun FPX :
http://www.malayaarchery.com.my/payselangorjuniors2017 pada atau sebelum 24 November 2017. Sila nyatakan di ruangan “Additional Information” nama peserta/atlet atau nama pasukan jika mendaftar lebih dari satu atlet. Pihak penganjur akan membuat pemadanan bayaran berdasarkan email yang digunakan semasa mendaftar dan nama perserta/atlet atau pasukan.

Semua pasukan hendaklah mengemukakan Borang Pendaftaran Pasukan dan salinan kad pengenalan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola semasa hari pendaftaran.

HADIAH
Sijil Penyertaan untuk semua peserta

Pusingan Kelayakan
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat : Medal

Pusingan Olimpik Individu
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat : Medal

TARIKH TUTUP: 24 November 2017 atau sehingga mencapai quota

PERTANYAAN
Pn. Lisa: 014-512 9191
En. Nadzmi: 010-297 6567

Surat Jemputan dan Maklumat Am Kejohanan

Leave a Reply