Pencapaian yang membanggakan dicatatkan oleh atlet pemanah SASAR di Kejohanan Memanah Terbuka Unisza ke-5 2017 yang berakhir pada 9hb Oktober 2017.

Aisyah Najihah di Unisza Open 2017Berjaya membawa pulang 1 Perak dan 1 Gangsa. Pingat perak disumbangkan oleh Aisyah  Najihah dalam acara Elimination Recurve Individu Wanita. Beliau tewas diperingkat akhir kepada Shaerra Ezzaty Saffuan dari pasuka Unisza di peringkat akhir.

Aisyah Najihah sekali menyumbang pingat apabila bergandingan bersama Nurul Azreena dan Nur Amiesya untuk membawa pulang pingat gangsa melalui acara Berpasukan Recurve Wanita. Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, trio SASAR ini telah menewaskan pasukan Johor A yang terdiri daripada Najwa Mohd Nizam, Nik Nurin Husna Mohd Nizam dan Nurin Hanisah Shahrin.

Sasar di Unisza Open 2017
Sasar A menewaskan Johor A di dalam penentuan pingat gangsa

Berikut adalah pencapaian keseluruhan atlet memanah SASAR di Unisza Open.

Recurve Lelaki
Hariez – 306 / 291
Razin – 276 / 270
Dani – 275 / 279
Harizan – 274 / 255
Sahil – 215 / 231
Muhammad – 208 / 205
Danial – 122 / 111

Recurve Wanita
Reena – 300 / 252
Aisyah – 284 / 270
Amiesya – 249 / 282
Ummie – 222 / 242
Auji – 217 / 241
Maisara – 203 / 140
Najiha – 197 / 210

Leave a Reply