KUALA LUMPUR 20 Ogos – Jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad hanya berjaya meraih pingat perak dalam acara recurve individu lelaki Sukan SEA Ke-29 di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), sebentar tadi.

Khairul Anuar tewas dalam saingan akhir kepada Chu Duc Anh dari Vietnam dengan keputusan 6-2.

Kekalahan tersebut menyebabkan kem memanah sunyi tanpa sorakan kerana tiada sebarang pingat emas diraih hari ini.

Terdahulu, Muhammad Akmal Nor Hasrin menamatkan saingannya dalam acara yang sama di tempat keempat apabila tewas kepada Witthaya Thamwong dari Thailand dengan keputusan 6-2.

Pingat gangsa memanah hari ini disumbangkan oleh Nur Aliya Ghapar yang menamatkan saingan di tempat ketiga acara recurve individu wanita. – UTUSAN

© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply