Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Memanah SKKT yang telah dinobatkan sebagai pemenang Piala Perdana SKKT di Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKKT baru-baru ini bagi pencapaian pasukan tersebut yang membanggakan bagi tahun 2016.

Piala Perdana SKKT yang buat pertama kali diperkenalkan merupakan piala pusingan yang disampaikan kepada pasukan atau kelab yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.  Selain daripada mengiktiraf pencapaian kelab atau pasukan atas kejayaan yang ditempa di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, pasukan atau kelab juga dinilai dari segi konsistensi dalam prestasi, pengurusan pasukan yang baik, penglibatan yang aktif di peringat luar dan berjaya menempa nama baik sekolah.  Malah, pasukan juga dinilai dari segi pembangunan pasukan dalam aspek meningkatkan kemahiran dan prestasi melalui latihan yang konsisten dan juga pembangunan pasukan dalam aspek menentukan kesinambungan pencapaian dan mencari atau melahirkan bakat-bakat baru dalam pasukan.

Alia Syahirah Rosman – Pemanah Terbaik SKKT bagi tahun 2016

Atlet memanah yang terdiri dari murid-murid tahun 3 sehingga tahun 6 giat berlatih sepanjang tahun untuk memastikan momentum permainan yang konsisten dan tahap permainan dipertingkatkan. Atlet-atlet memanah telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan untuk tahun 2016 dan pencapaian terbaik pasukan adalah apabila seorang atlet berjaya mewakili pasukan Selangor dan memenangi kejohanan MSSM manakala seorang lagi atlet telah terpilih untuk mewakili pasukan pelapis Selangor untuk tahun 2017.

Pasukan Memanah selayaknya menerima anugerah tersebut bukan saja berdasarkan kejayaan yang ditempa di dalam kejohanan-kejohanan yang disertai malah ia juga aktif untuk mencari bakat-bakat baru di kalangan murid-murid tahun 3 sehinggalah ke tahun 6.  Ia juga aktif berlatih saban minggu walaupun bukan dimusin kejohanan.

En Qushairy, Puan Nurul Amalia dan En Azrai merupakan guru-guru yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melatih Pasukan Memanah SKKT

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Memanah SKKT dan diharap kemenangan dinobatkan Piala Perdana SKKT telah menyuntik semangat di kalangan ahli Pasukan Memanah SKKT untuk terus berjaya.

BIL NAMA KEJOHANAN PENGANJUR/TARIKH PENCAPAIAN
1 SMAPK – Archery Kajang Under-12 Archery Mini Tournament Siri 1/2016 23 January 2016 

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang & Kelab Memanah Kajang

Alia Syahirah Rosman

1.  Naib Johan Keseluruhan

2.  Naib Johan Round 2

3.  Ketiga Round 1

 

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.    Keempat Pusingan Pertama Bwh 12 tahun (30m)

2.    Keempat Keseluruhan Bwh 12 tahun (30m)

2 Kejohanan Memanah Bawah 12 & 10 Peringkat MSSD Petaling Utama  Feb 2016

PPD Petaling Utama & JPS

Aliah Syahirah Rosman1.  Johan Individu Round 1

2.  Johan Individu Round 2

3.  Johan Berpasukan

4.  Naib Johan Olympic Round

 

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.       Johan Berpasukan Bwh 12 tahun

2.       Johan Olimpik Round Bwh 12 tahun

3.       Naib Johan Individu Bwh 12 tahun (20m)

4.       Naib Johan Individu Bwh 12 tahun (30m)

 

Nurul Farzana Mohamad Fazil

1.    Johan Berpasukan Bwh 12 tahun

 

Mohd Ariff Adlee Iskandar Zulkarnain

1.    Johan Berpasukan Bwh 12 tahun

2.    Naib Johan Individu Bwh 12 (30m)

3.    Tpt ke-4 Olympic Round Bwh 12 tahun

4.    Tpt ke-4 individu Bwh 12 tahun (20m)

 

3 Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Selangor 24 – 25 Feb 2016 

JPS & MSS Selangor

 

Alia Syahirah Rosman1.  Johan Keseluruhan

2.  Naib Johan Round 1

3.  Naib Johan Round 2

4.  Ketiga Pasukan

 

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.       Tpt Ke-4 Bwh 12 tahun (30m)

2.       Tpt Ke-3 Kumpulan Bwh 12 tahun

4 SMAPK-Archery Kajang Under 12 & 10 Archery Mini Tournament Siri 3/2016 23 Apr 2016 

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang & Kelab Memanah Kajang

Alia Syahirah Rosman1.  Naib Johan Keseluruhan

2.  Naib Johan Round 1

3.  Johan Round 2

 

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.       Tpt Ke-4 Keseluruhan Bwh 12 tahun (Double 30m)

5 Kejohanan Memanah Jemputan 2016 1 Okt 2016 

PIBG SK Kampung Tunku & PPD Petaling Utama

Alia Syahirah Rosman1.  Johan Olympic Round

2.  Naib Johan WO

 

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.       Tpt Ke-3 Individu Bwh 12 tahun (30m)

2.       Tpt Ke-3 Olympic Round Bwh 12 tahun (30m)

 

Mohd Ariff Adlee Iskandar Zulkarnain

1.  Naib Johan individu 20m

2.  Tempat ke 4 Olympic Round

 

      
 
6 Kejohanan Memanah Terbuka UPM kali ke-10 (Indoor 18m) 3- 6 Nov 2016 

UPM

Alia Syahirah Rosman1.  Suku Akhir Individu

2.  Ke-4  Kumpulan

7 Kejohanan Memanah The Champion Petaling Perdana 2016 

 

 

 

7 – 9 Nov 2016 

SK Bukit Jelutong Wolfpack Archery

Alia Syahirah Rosman1.       Johan Olympic Round Individu 50m

2.       Naib Johan Qualifying Round 50m

3.       Johan WO Pasukan (50m)

 

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.       Johan Kumpulan Bwh 15 tahun (50m)

2.       Johan Individu Bwh 15 tahun Qualifying (50m)

3.       Naib Johan Olympic Round Individu Bwh 15 tahun (50m)

 

Nurul Farzana Mohamad Fazil

1.       Johan Individu Bwh 10 tahun (20m)

2.       Johan Olympic Round Individu Bwh 10 tahun (20m)

3.       Johan Olympic Round Kumpulan Bwh 10 tahun (20m)

8 Selangor Juniors Archery Mini Tournament 1/2016 19 Nov 2016 

JPS, MSS Selangor & Persatuan Memanah Selangor (SELAR)

Alia Syahirah Rosman1.       Tempat Ke-5 Qualifying (60m)

Nurul Azreena Mohamad Fazil

1.       Johan Keseluruhan Recurve Bwh 14 tahun (60m)

Mohd Afiq Zahein Aszarulnizam

1.        Johan Keseluruhan Individu Bwh 10 tahun (30m)

Mohd Ariff Adlee Iskandar Zulkarnain

1.       Tpt Ke-5 Individu Bwh 10 tahun (30m)

 

9 Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Ke-2, 2016 16 – 18 Dis 2016 

MSN, MSS Selangor & Persatuan Memanah Selangor (SELAR)

Nurul Azreena Mohamad Fazil1.       Johan Pasukan Bwh 15 tahun (60m) (UPTN Selangor)

10 Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia Mar 2016 

MSSM

Alia Syahirah Rosman1.  Naib Johan Olympic Round

2.  Naib Johan Kumpulan

3.  Naib Johan Mix Double

Leave a Reply