KEJOHANAN MEMANAH JEMPUTAN 2016 ANJURAN PIBG SK KAMPUNG TUNKU BERJAYA MENCUNGKIL BAKAT ATLET MEMANAH MUDA

PETALING JAYA, SELANGOR – 1 OKTOBER 2016

Kejohanan Memanah Jemputan 2016 telah dianjurkan dengan jayanya oleh pihak PIBG SK Kampung Tunku, Petaling Jaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama pada 1 Oktober 2016 di padang SK Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan oleh pihak PIBG SK Kampung Tunku ini telah disertai oleh 20 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah dari sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Kuala Lumpur dengan jumlah penyertaan seramai 175 orang atlet memanah.   Kejohanan ini diadakan dalam 3 kategori iaitu bawah 10 tahun, 12 tahun dan 15 tahun dengan setiap kategori terbuka kepada atlet lelaki dan perempuan untuk jarak 20meter dan 30meter.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk menggalakkan usaha pembangunan sukan memanah peringkat akar umbi di kalangan murid-murid sekolah di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.  Ia juga bertindak sebagai persediaan kepada atlet untuk menghadapi pertandingan memanah peringkat daerah dan negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada suku pertama tahun hadapan. Secara tidak langsung ia dapat menarik minat ibubapa terhadap sukan memanah dan melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi untuk diketengahkan diperingkat negeri dan kebangsaan di peringkat usia yang muda. Kejohanan memanah yang dianjurkan ini juga dengan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan baik pihak PIBG SK Kampung Tunku dengan sekolah-sekolah lain yang menyertai dan dapat memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid.

Para atlet memanah telah memulakan pertandingan seawal 8.00 pagi untuk kategori individu dan bersambung dengan pusingan olimpik yang berakhir pada jam 4.00 petang.  Encik Noor Azli bin Abd Rahman selaku Penolong Pengarah Kanan, Unit Sukan, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menyampai hadiah kepada para pemenang.

Senarai 24 orang para pemenang yang telah menerima sijil dan medal dari penganjur kejohanan bagi semua kategori adalah :

No Nama Pemenang Sekolah Kategori
1. Ahmad Muaz bin Mohd Khairul Nizam SK Saujana Impian Lelaki <10 tahun
2. Mohd Ariff Adlee bin Iskandar Dzulkarnain SK Kampung Tunku Lelaki <10 tahun
3. Nik Arman Rahimi bin Nik Mohd Rahimi SK Seri Selangor Lelaki <10 tahun
4. Mohd Afiq Zahein bin Asarulnizam SK Kampung Tunku Lelaki <10 tahun
5. Naurah Damia binti Ismail SK Bukit Jelutong Perempuan < 10 tahun
6. Tengku Aishah Rohani binti Tengku Jamal SK Bukit Jelutong Perempuan < 10 tahun
7. Wan Nursofeah binti Wan Mohammad Nasri SK Bukit Jelutong Perempuan < 10 tahun
8. Mia Qistina binti Zulkifli SK Setiawangsa Perempuan < 10 tahun
9. Nabil bin Abdullah SK Setiawangsa Lelaki <12 tahun
10. Muhd Nazhif Adib Nazki SK Seri Selangor Lelaki <12 tahun
11. Muhammad FIras Fikri bin Mohd Fauzi SK Setiawangsa Lelaki <12 tahun
12. Syahir Ariff bin Razak SK Kampung Tunku Lelaki <12 tahun
13. Wan Nasriah Maisarah binti Wan Mohd Nasri SK Bukit Jelutong Perempuan <12 tahun
14. Alia Syahirah Rosman SK Kampung Tunku Perempuan <12 tahun
15. Nurul Azreena Mohamad Fazil SK Kampung Tunku Perempuan <12 tahun
16. Nur Alya Soffina binti Mohd Sarif SK Selayang Utama Perempuan <12 tahun
17. Zaharuddin bin Aminullah Khan SMK Bandar Utama Lelaki <15 tahun
18. Nabil Thaqif bin Saharudin SMK Damansara Utama Lelaki <15 tahun
19. See Ji Yong SMK Katholik Lelaki <15 tahun
20. Ahmad Adlan Satar bin Ahmad Ariff SMK Shah Alam Lelaki <15 tahun
21. Tengku Siti Batrisyia binti Tengku Jamal Abdul SMK Shah Alam Perempuan <15 tahun
22. Nur Auji Hamka SMK Damansara Utama Perempuan <15 tahun
23. Nurul Nabila binti Mohd Saifuddin SMP Sri Aman Perempuan <15 tahun
24. Nurin Batrisyia binti Ismail SMK Shah Alam Perempuan <15 tahun

 

Secara konklusinya, Kejohanan Memanah Jemputan 2016 yang dianjurkan dengan tujuan dan harapan ke arah membentuk kemenjadian murid dan kecemerlangan serta kegemilangan sukan memanah telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang dirancang.

 

Leave a Reply